Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) telah menganjurkan Global Accelerator Programme (GAP) Demo Day: Thematic Edition Demo Day yang mengetengahkan inovasi daripada 15 syarikat pemula merangkumi teknologi yang tertumpu kepada empat (4) industri iaitu Perubatan daan Penjagaan Kesihatan, Perkhidmatan Perniagaan dan Kewangan, Air dan Makanan, serta Teknologi Dron.
Subscribe to our Telegram channel to get a daily dose of business and lifestyle news from NHA – News Hub Asia!
Kohort kali ini telah disertai oleh 38 syarikat pemula yang menjalani latihan selama tiga (3) bulan bertujuan untuk mempercepat pertumbuhan syarikat mereka dari segi pengkomersialan dan kesediaan untuk menjana pelaburan melalui pembangunan penyelesaian berinovatif yang membawa impak kepada masyarakat, ekonomi dan seterusnya dunia.
Majlis turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato Sri Dr. Adham bin Baba serta pemain dan pemimpin utama industri.
“Malaysia mempunyai potensi yang luar biasa untuk dimanfaatkan, namun ianya memerlukan kerjasama yang lebih erat dalam ekosistem inovasi untuk menyokong pertumbuhan dan kejayaan pelbagai industri. Melalui MRANTI, Kerajaan berhasrat untuk menyelaras dan memacu peluang yang lebih tinggi daripada rantaian nilai penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I),” kata YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba.
Jelas beliau, demi meningkatkan kadar pengkomersialan negara dan mencapai wawasan untuk menjadi antara 20 negara paling inovatif menjelang 2030, Malaysia memerlukan ekosistem yang kukuh dan bersinergi yang akan berfungsi sebagai ‘jambatan’ antara bidang penyelidikan dan pengkomersialan.
“Kita mampu memperbaiki kedudukan negara dalam Indeks Inovasi Global dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk melalui pelaksanaan Pelan Induk Taman MRANTI yang baru sahaja dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini,” katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Puan Dzuleira Abu Bakar menegaskan, “Program hari ini menjadi bukti kepada potensi Malaysia untuk melahirkan dan memupuk startup founders yang boleh menyediakan penyelesaian inovatif kepada pelbagai permasalahan yang kompleks. Peranan kami di MRANTI adalah untuk memberikan sokongan bagi mengembangkan usaha mereka, seterusnya menjana pembangunan negara.”
Tambahnya lagi, “Tahun ini, sejumlah 38 syarikat dari Malaysia, Singapura, Rusia dan United Kingdom telah menyertai MRANTI GAP merangkumi 4 Thematic Accelerator Tracks. Kami memberi tumpuan kepada empat (4) industri ini bagi menawarkan program yang lebih khusus dalam menangani cabaran dan keperluan unik setiap industry.
Program MRANTI GAP kali ini terdiri daripada dua (2) fasa utama iaitu fasa pengkomersialan serta fasa projek rintis dan pembiayaan. Fasa pengkomersialan membantu syarikat meningkatkan tahap kesediaan terhadap pelaburan dan mengatasi cabaran awal dalam perniagaan, manakala fasa projek rintis dan pembiayaan membolehkan syarikat mengaplikasikan pitching skill untuk mendapatkan pembiayaan bagi mempelbagaikan portfolio mereka dalam usaha meluaskan pasaran syarikat.
Selepas fasa ini selesai, MRANTI akan terus menyediakan sokongan dan pemantauan tambahan untuk memulakan proses perkembangan syarikat-syarikat tersebut.
Sebanyak 15 syarikat terpilih ditampilkan semasa Demo Day iaitu:
- Cytonex
- Sonicboom
- Medika Natura
- Seashore Networks
- NexMind
- Izmir Tech
- Vstream
- RABT
- Orilin
- SkillSeed
- Luwjistik
- ThreeOpp
- MySmartOH
- Physiomobile
- Rootally AI
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://mranti.my/
Source: MRANTI